Wednesday 9 December 2020

ALAHAN TERUK SEMASA AWAL FASA HAMIL DAN CARA SAYA MENGATASINYA.

Assalamualaikum wrt ..Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Pada kali ini, Diela ingin berkongsi tentang pengalaman Diela sepanjang hamil anak pertama. Walaupun sekarang anak Diela sudah 6 bulan, tetapi Diela baru sempat nak menulis. Tak mengapa kan, Better Late than Never. Pertama-tama sekali, tujuan Diela menulis kali ini adalah untuk memberi tip-tip berkesan semasa menghadapi alahan, dan juga memberi kata-kata semangat kepada bakal ibu ibu di luar sana sekiranya menghadapi alahan semasa hamil. Bak kata orang putih : Sharing is Caring. 

Bagaimana Diela Tahu Diela Pregnant?

-      Membuat UPT Test.

Pada 11th October 2019, Diela berasa agak tidak selesa apabila Diela belum datang bulan malah telah lewat 2 hari dari tarikh datang bulan sebelumnya. Tidak selesa bercampur teruja kerana Diela dan suami sememangnya menanti-nanti kehadiran cahaya mata pertama kami. Lalu Diela membuat UPT (Urinary Pregnancy Test). Dan Alhamdulillah, ada dua line. (gambar UPT).


 

-      Membuat Ultrasound Scan.

Untuk mengesahkan lagi , Diela membuat satu ujian Ultrasound di Klinik. Alhamdulillah kelihatan sudah ada bulatan seperti kantung namun mungkin kerana masih awal, jadi masih tiada gumpalan darah di dalam rahim. Tip di sini : APABILA SUDAH POSITIVE UJIAN UPT, SEGERALAH MELAKUKAN ‘ULTRASOUND SCAN’ di mana mana klinik bagi MEMASTIKAN KANDUNGAN ANDA BERADA DI DALAM RAHIM, BUKAN DI LUAR RAHIM. Hal ini kerana kandungan di luar rahim boleh mengakibatkan kemalangan jiwa. (gambar usg)

 

Apa Yang Perlu Dilakukan Bila Tahu Kita Pregnant?

-      Membuka Buku Pink.

Pada 17hb October 2019, Diela telah membuka buku pink di Klinik Kesihatan atas nasihat doktor dan suami. Kali pertama ke Klinik Kesihatan, ditemani suami.


 

-      Dokumen Penting Untuk di Bawa.

Antara dokumen penting yang perlu di bawa semasa kali pertama ke Klinik untuk membuka buku pink adalah: Kad Pengenalan Diri, Sijil Nikah, dan Gambar Ultrasound (jika ada).

-      Prosedur diLakukan di Klinik Kesihatan.

Antara pemeriksaan yang dilakukan di Klinik Kesihatan adalah ujian UPT, Urine Test, Pemeriksaan  Dental, HIV Kaunseling dan Ujian Darah bagi mengetahui jenis darah ibu. Ujian-ujian di atas adalah bergantung kepada kelengkapan dan kepakaran Klinik Kesihatan masing-masing.

-      Membeli Supplement Terbaik Untuk Menyokong Kesihatan Ibu Sepanjang Tempoh Kehamilan.

Setelah mendapat tahu Diela hamil, suami terus memberikan duit kepada diela untuk membeli supplements yang terbaik bagi Diela dan Anak. Diela memilih untuk mengamalkan Set Hamil Shaklee. Hal ini kerana, ia adalah supplement terbaik yang pernah diela amalkan sejak anak dara, berkahwin dan sehingga sekarang. (Gambar Set Hamil)

Diela Sentiasa Bawa Supplements Ibu Hamil Ini Kemana Sahaja Diela Pergi, Contohnya ke Tempat Kerja.


 

Diela Beli Sedikit-Sedikit Mengikut Kemampuan & Keperluan Setiap Trimester.

P/S : Cara pengambilan ibu mengandung tidak sama untuk orang normal.Boleh hubungi Diela bagi mengetahui cara makan supplement di atas: www.wassap.my/60133136199/blogsethamil

 

Apa Perubahan Ketara Pada Diri Diela Selepas Hamil?

-      Alahan/Morning sickness yang Teruk.

Diela mula mengalami pening kepala, mual dan alahan pada bau serta makanan yang mana sebelum ini Diela suka. Contoh ; bau nasi , bawang , minyak masak yang sedang ditumis, tomyam, dan banyak lagi. Paling menyedihkan, Diela tak boleh dengan bau suami sendiri.

Pernah suatu hari, apa yang Diela cuba makan dan minum , semua di muntah kan tanpa sengaja semasa tengah memandu. Seharian Diela berlapar. Mulut terasa pahit sangat. Bermacam-macam juga ujian, sehingga berat dari 52kg tinggal 46kg. Alhamdulillah alahan ini berakhir setelah diela hamil 5 bulan. 

 

TIPS:

1.  SUAMI BOLEH MENGAMBIL ALIH AKTIVITI MEMASAK ATAU MEMBELI MAKANAN. ISTERI BOLEH NYATAKAN PADA SUAMI APA YANG MEREKA MENGIDAM UNTUK MAKAN SUPAYA ADA SELERA UNTUK MAKAN.

2.  BOLEH LETAK DUA CADAR DI ATAS SATU KATIL (SATU UNTUK ISTERI, SATU TINDIH DIATAS UNTUK SUAMI).

3.  AMALKAN SUPPLEMENTS BAGI MENGGANTI KEPERLUAN BADAN YANG PENTING SUPAYA BADAN KEKAL MENDAPAT ZAT YANG SEPATUTNYA UNTU BAYI DI DALAM KANDUNGAN. (PILIH SUPPLEMENTS YANG ALAMI, ORGANIK DAN SELAMAT, SAYA SYORKAN SUPPLEMENTS SHAKLEE; BOLEH HUBUNGI DIELA UNTUK TIPS CARA MAKAN SUPPLEMENTS SHAKLEE DAN MENDAPATKAN PRODUK TERSEBUT).

Shopping  Stock di Branch Shaklee Kota Bharu Ketika Sedang Hamil 5 bulan.


4. 
SENTIASA MELETAKKAN PERASAAN KESYUKURAN KEPADA ALLAH DAN TIDAK MENGELUH KETIKA DI UJI DENGAN ALAHAN.

5.  PASAKKAN DALAM KEPALA, IBU YANG MENGALAMI ALAHAN KEBIASAANNYA AKAN MENDAPAT BAYI YANG SIHAT. HORMON YANG MELINDUNGI BAYI MEMBUATKAN DERIA IBU SANGAT SENSITIF, MENJADIKAN IBU DAPAT MENGHIDU BAU YANG ORANG NORMAL TIDAK PEKA. JADILAH IBU YANG BERKORBAN UNTUK ANAK.

 

Semua Untuk Kebaikan Mu, Mami Relakan Anakku.

Sekian sahaja perkongsian Diela pada kali ini, in sha Allah pada masa terdekat, Diela akan berkongsi: Cara Mengawal Berat Badan Semasa Hamil dari sudut Perspektif Ibu Hamil. Please Share dan Subscribe Blogspot Diela. Terima Kasih. 😊 

 

 COACH DIELA

           📞 0133136199 

             Www.wasap.my/60133136199/blogsethamik

          PROUD MOM TO A PRINCE.

30 comments:

  1. alhamdulillah..tahniah..tak semua ibu2 hamil ni alahan. kalau diela alahan tu ujian buat kamu. takpe akhir2 nanti ok la tu

    ReplyDelete
  2. Setiap orang alahan berbeza ye..tahniah berjaya harungi and tahniah jugak dapat baby 🥰

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...alahan tu antara moments yang akan diingati sampai bila-bilakan. Nanti si comel dah besar bolehla share dengan dia. Take care mommy !

    ReplyDelete
  4. Good tips and juga petua ni bagus untuk ibu dan bapa yang baru pertama kali mengalami situasi yang sama heheheheh...

    ReplyDelete
  5. Alahan hamil ni memang berbeza tiap orang kan. apa yang sama adalah muntah! hahaha. tapi kena tau alah pada apa. akak alhamdulillah hamil dedua boy takda alahan. cuma akak ada kencing manis plak dah. hahahaa. memacam gaya!

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah, tahniah diela. best rasanyakan masa mula2 tengok dua line dgn gambar ultrasound tu.

    ReplyDelete
  7. Wah, tahniah awak. Semoga dipermudahkan urusan sepanjang kehamilan. Sy takde lagi pengalaman hamil ni. Teringin juga tapi kena operasi cari ayahnya dulu 😅. Ahakkkss

    ReplyDelete
  8. Tahniah. Informasi yang berguna khususnya bagi ibu2 yang hamil anak pertama.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulilah, sepanjang hamik tiga-tiga anak belum pernah lagi ada alahan, semua baik-baik aja sampai melahirkan..

    ReplyDelete
  10. Wah banyak nye set ibu hamil tu. Fafa pernah try ostemetrik n lachitin tu best... Tapi fafa makan selepas deliver baby. Satu untuk lancarkan susu satu untuk sakit pinggang hehe

    ReplyDelete
  11. this looks like such a pregnancy supplement. more mothers should learn about this! thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  12. alahan teruk juga tu sampai kena berlapar, sama macam my mom kalau pregnant memang tak boleh makan sangat

    ReplyDelete
  13. Congrats to you and hubby. Welcome to the parenthood. There are many things to learn and practice hehe

    ReplyDelete
  14. Teringat masa anak pertama dulu alahan teruk betul. Tapi bila anak kedua okay pulak haha lain anak lain pengalaman

    ReplyDelete
  15. Bagus info ni untuk orang yang baru nak hamil. Iza pun amalkan shaklee masa pregant haritu. Sekarang dah bersalin dah. Heheh

    ReplyDelete
  16. Syukur baby lahir dan membesar dengan sihat ☺️ berbaloi la mommy menahan alahan..

    ReplyDelete
  17. Sama la kita juga amalkan shaklee tapi untuk beri twnaga.amalkan ESP dan Omega. Sampai anak dh 6months pun keep amalkan.. memang berkesan dan membantu

    ReplyDelete
  18. dulu masa preggy pun huda amalkan Shaklee time alahan teruk. memang bagus dan berkesan

    ReplyDelete
  19. lama jugak ye alahan sampai 5 bulan. perit betul ye.. supplements sangat la membantu. thanks sharing

    ReplyDelete
  20. Tips sangat berguna pada ibu yang pertama kali menghadapi situasi ini macma ni dah sebagai seorang laki kena ambil tahu juga kerana kita kadang-kadang tak kisah pada apa yang orang perempuan alami sedangkan tu semua sebab seorang laki juga hehehehe..

    ReplyDelete
  21. Masa alahan teruk memg tak tau nak buat macm mne.. Mkan benda masam2 jela mampu. Nad pernh ambil produk shklee tapi utk keputihan masa preg

    ReplyDelete
  22. Bagusnya ada entri cmni.. Boleh la para ibu yg first time pregnant baca entri ni kan... Mmg perlu kalau perempuan nk tau pengalaman dan cara nk hadap situasi ni

    ReplyDelete
  23. Bagus ya supplement Shaklee ni. Boleh menggantikan nutrisi yang hilang bagi ibu2 yang mengalami alahan teruk semasa kehamilan.

    ReplyDelete
  24. Setiap org yg pregnant alahan mmg berbeza-beza. Kena banyak sabar nak atasi kan huhu. Btw take carr dan moga dipermudahkan segalanya

    ReplyDelete
  25. Alahan teruk mmg menyesakkan. Ada kwn sy sampai kena masuk hospital, mouse mommy share blog ni kat kwn ya. Harap dpt membantu dia.

    ReplyDelete
  26. Wahhh boleh bookmark information ni utk rujukan masa depan ni... Skrg memang tak faham lagi kan... Sebab tak experience it...

    ReplyDelete
  27. oh no! lepas 5 bulan preggy baru alahan tu berkurangan ? aduhhh thanks to shaklee sbb bantu kan.. betul supplement mmg penting sbb alahan yg makan muntah ni mmg buat kita tak jadi diri sendiri sbb tade tenaga kan .... thank God you are ok now ! congrats !

    ReplyDelete
  28. Pernah mengalaminye, memang boleh jadi fobia jugak, ehehe... Tapi demi anak memang relakan aje! ;)

    ReplyDelete
  29. Bagus perkongsian ni! Especially for new parents kan. Kita yang laki ni tak leh nak komen lebih sebab tak tau apa haha

    ReplyDelete
  30. Good info. Nanti boleh dijadikan panduan bagi ibu2 hamil yang lain.

    ReplyDelete

Featured post

KEBAIKAN INTERMITTENT FASTING

  Assalamualaikum w.r.t. Entri kali ini mummy nak bercerita tentang kebaikan Intermittent Fasting (IF).  IF telah terbukti berkesan dan sang...

My Blogdiary Journey