Friday 1 January 2021

Belanjawan 2021 : e-Rebate RM200 Cara Daftar Untuk Beli Air Cond & Peti Sejuk

Cara Daftar E-Rebate RM200 Air-Cond & Peti Sejuk Dalam Belanjawan 2021 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Selamat Tahun Baru 2021. Rasanya semua rakyat Malaysia sudah sedia maklum tentang Program Save 2.0 yang dibentangkan dalam Budget 2021. Objektif ini adalah untuk menggalakkan penggunaan teknologi hijau & mampan dalam kalangan rakyat Malaysia. Di samping itu, untuk memberi sokongan kepada produk jenama buatan Malaysia. Okay, mari kita lihat caranya.


Okay, mari kita lihat caranya.

Cara Pertama : Guna Apps Shopee Di Mobilephone Anda

Cara ini mudah sahaja. Hanya perlukan 1) Mobile phone 2) Akaun shopee malaysia.

1. Buka apps Shopee di mobile phone anda.

2. Klik banner di ‘home’ anda yang bertulis “REGISTER NOW & CLAIM RM200’.


3. Klik ‘daftar sekarang’

4. Masukkan maklumat di bawah :

a) No Akaun Bil Elektrik anda (rujuk bil rumah masing2, ada tertulis “No. Akaun”

b) No. Kad Pengenalan Anda (IC)

c) Nama Penuh Anda

d) Adakah anda pemilik akaun elektrik ini (Jika anda penyewa, sila tick di box ‘no’)

e) Hubungan anda dengan pemilik akaun (penyewa, saudara, ayah, majikan, etc) [tapi ini tidak wajib diisi).

f) Tick di box kecil di bawah yang menyatakan persetujuan anda.


g) Klik ‘submit’


Bagaimana nak tahu status permohonan / anda layak ke tidak?

­1. Akan keluar paparan menyatakan ‘check status permohonan di SEDA'. Buat masa ini, di laman web SEDA, ada menyatakan akan ‘launching soon’. So, kita kena tunggu update terbaru dari pihak mereka, dalam kurang dari 2 minggu, rasanya.




2. Tunggu maklumbalas di ‘Shopee notifications’ dalam masa 14 hari. Jika berjaya, anda akan dapat voucher RM200 dalam bentuk ‘e-wallet shopee’ anda.

Boleh tonton Tutorial Claim E-Rebate RM200 di Shoppe melalui Video di bawah:

https://youtu.be/CGjkRdGO1a4

Mudahkan, harapnya perkongsian ini bermanfaat untuk rakyat Malaysia. By the way, kena cepat taw, kerana ia ‘first come first serve’. Siapa cepat, dia dapat. Dalam next entry, saya akan senaraikan produk air-cond jenama tempatan yang terbaik. Nantikan. Sekian.


Featured post

KEBAIKAN INTERMITTENT FASTING

  Assalamualaikum w.r.t. Entri kali ini mummy nak bercerita tentang kebaikan Intermittent Fasting (IF).  IF telah terbukti berkesan dan sang...

My Blogdiary Journey