Friday 10 February 2023

KEBAIKAN INTERMITTENT FASTING

 Assalamualaikum w.r.t.

Entri kali ini mummy nak bercerita tentang kebaikan Intermittent Fasting (IF).  IF telah terbukti berkesan dan sangat-sangat bagus untuk mengembalikan berat idaman ramai orang. Semoga entri ini mampu memberi manfaat kepada pembaca semua. 


APA ITU INTERMITTENT FASTING (IF)?

IF ialah sejenis contoh plan diet pemakanan berasaskan teknik "berpuasa" secara selang masa untuk menurunkan berat badan. Ada banyak pilihan waktu untuk kite berpuasa, contohnya seperti dalam gambar di bawah.


Nak tahu lebih lanjut penerangan tentang waktu IF yang ada, boleh juga rujuk pada Waktu Intermittent Fasting.




KEBAIKAN IF.

Sebenarnya banyak sangat2 kelebihan IF yang kita tidak tahu. Meh Mummy nak cerita ni..


Pertama, Mampu Membantu Badan Mencerna Makanan dengan Lebih Berkesan. Apabila kita berpuasa, ibarat kita shut down sekejap sistem badan kite dan memberi peluang kepada sistem pencernaan kita untuk berehat sebentar. Jadi sistem percernaan badan kita akan bekerja dengan lebih cemerlang pada waktu selepas itu.




Kedua, Berat Badan Mudah Turun. Apabila sistem pencernaan kita efektif, dan kita pula 'cut' makan selalu secara berpuasa, automatically berat kita akan menurun secara cepat dan kekal.


Ketiga, Kita Kelihatan Awet Muda. Apabila kita kurangkan pengambilan makanan dan berpuasa, badan akan menggalakkan penghasilan sel stem yang mana akan menyingkirkan sel rosak dan membina sel baru. Dengan ini, sel kita akan lambat menua dan awet muda.


Sampai sini dulu perkongsian Mummy, ada banyak lagi kebaikan IF yang akan Mummy kupas lagi. Terima kasih kerana sudi membaca. Insha Allah ada masa lapang Mummy akan kupas lagi ye.

Featured post

KEBAIKAN INTERMITTENT FASTING

  Assalamualaikum w.r.t. Entri kali ini mummy nak bercerita tentang kebaikan Intermittent Fasting (IF).  IF telah terbukti berkesan dan sang...

My Blogdiary Journey