Sunday 27 December 2020

REVEW RODUCT : WHITEKISH MAGIC CHARCOAL


WHITEKISH MAGIC CHARCOAL

Hi, assalamualaikum wbt,

SENYUMAN ITU AMAT BERMAKNA. Dari senyuman,dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain. Untuk menambah keyakinan dalam senyuman, Mamy Diela rela melakukan apa saja, Contohnya memakai 'braces, bagi mencantikkan susunan gigi. Tetapi, bila memakai braces ni, Mamy Diela sukar untuk memberus gigi dengan baik. Gigi Mamy Diela menjadi agak kekuningan dan mudah di lekati plaque.

Jadi, hari ini Mamy Diela telah mencuba satu produk untuk MEMUTIHKAN GIGI. Entry kali ini Mamy Diela akan review 1 produk untuk memutihkan gigi. Mamy dah guna selama 7 hari.

Apa Mamy Diela Pegang Tu?
Apakah Rahsia Di Sebalik Senyuman Ku?

Eh banyak pula berteka-teki pula Mamy sekarang, kan. Memang Mamy mengaku, dulu Mamy akan menutup mulut ketika berswa foto atau pun semasa di lihat oleh sesiapa. Tetapi sekarang Mamy Diela sudah lebih yakin dan berani, malah kerap juga Mamy bersiaran lansung di Muka Buku. Apa rahsia Mamy ?

Inilah dia produk tersebut.

Nama Produk : WHITEKISH MAGIC CHARCOAL.
Usage for : Teeth Whitening, Cleaning Teeth and Mouth.
Technology from : Japan
Product of : Malaysia
HALAL, approved by KKM.

BENEFITS OF WHITEKISH MAGIC CHARCOAL:
🌸 For Teeth Whitening
🌸 Gets Rid of the Bacteria which is the Cause of Bad Breath.
🌸 Effectively Removes the Plaque and Tartar especially for Smokers.
🌸 Neutralizes PH Level of the Inner Mouth.
🌸 No Corrosive Chemical (Peroxide) or Material Used.
🌸 Effect can be Seen as Early as 1 Month of Proper Usage.

Lihat ni, Mamy sudah yakin untuk memuat naik video di Youtube 👇.



Boleh tengok video penuh REVIEW dari Mamy di You Tube Channel : _https://youtu.be/hpeG5KDk78k

Lihat sekali lagi dengan lebih jelas Hasil Menggunakan WHITEKISH Selama 7 Hari:

Gigi Mamy selepas 7 Hari Menggunakan Whitekish

MACAM MANA CARA PENGGUNAAN WHITEKISH MAGIC CHARCOAL ?

Menarik sangat2 kan. Kalau berminat untuk dapatkan, Mamy sediakan website dan contact yang boleh u olss hubungi di bawah :
Contact di sini:
Website : WHITEKISH.COM
Call / SMS / Wassap : 0178898878




Thursday 17 December 2020

SECURITY2U APPLICATION : The Best Apss to Provide Bodyguards, Security Guards, and Similar Services on Demand.

 


 

Pictures Just For Illusion.

Hai everyone, in my hand, I was showing a logo of “ Security2U” application. This is SOON TO LAUNCH website and application. Security2U are going to be the first in the market to provide bodyguards, security guards, and similar services on demand, just like Grab.

Here are the details of the services:

1.       1. To be launching on 23 December 2020.

2.       2. World’s first on-demand security guard application, it is the first B2b, C2b, B2C, and C2C security guards e-commerce platform.

3.       3. Security2U.co gives utmost importance to people’s safety and is ever ready to be at everyone’s services. Security is one’s basic need, and understanding the need for it, Security2U.co confidently knows this mobile application will be of good use for the greater good of public.

Its really encourage to have download the application on your mobile phone.

#security2u

Wednesday 9 December 2020

ALAHAN TERUK SEMASA AWAL FASA HAMIL DAN CARA SAYA MENGATASINYA.

Assalamualaikum wrt ..Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Pada kali ini, Diela ingin berkongsi tentang pengalaman Diela sepanjang hamil anak pertama. Walaupun sekarang anak Diela sudah 6 bulan, tetapi Diela baru sempat nak menulis. Tak mengapa kan, Better Late than Never. Pertama-tama sekali, tujuan Diela menulis kali ini adalah untuk memberi tip-tip berkesan semasa menghadapi alahan, dan juga memberi kata-kata semangat kepada bakal ibu ibu di luar sana sekiranya menghadapi alahan semasa hamil. Bak kata orang putih : Sharing is Caring. 

Bagaimana Diela Tahu Diela Pregnant?

-      Membuat UPT Test.

Pada 11th October 2019, Diela berasa agak tidak selesa apabila Diela belum datang bulan malah telah lewat 2 hari dari tarikh datang bulan sebelumnya. Tidak selesa bercampur teruja kerana Diela dan suami sememangnya menanti-nanti kehadiran cahaya mata pertama kami. Lalu Diela membuat UPT (Urinary Pregnancy Test). Dan Alhamdulillah, ada dua line. (gambar UPT).


 

-      Membuat Ultrasound Scan.

Untuk mengesahkan lagi , Diela membuat satu ujian Ultrasound di Klinik. Alhamdulillah kelihatan sudah ada bulatan seperti kantung namun mungkin kerana masih awal, jadi masih tiada gumpalan darah di dalam rahim. Tip di sini : APABILA SUDAH POSITIVE UJIAN UPT, SEGERALAH MELAKUKAN ‘ULTRASOUND SCAN’ di mana mana klinik bagi MEMASTIKAN KANDUNGAN ANDA BERADA DI DALAM RAHIM, BUKAN DI LUAR RAHIM. Hal ini kerana kandungan di luar rahim boleh mengakibatkan kemalangan jiwa. (gambar usg)

 

Apa Yang Perlu Dilakukan Bila Tahu Kita Pregnant?

-      Membuka Buku Pink.

Pada 17hb October 2019, Diela telah membuka buku pink di Klinik Kesihatan atas nasihat doktor dan suami. Kali pertama ke Klinik Kesihatan, ditemani suami.


 

-      Dokumen Penting Untuk di Bawa.

Antara dokumen penting yang perlu di bawa semasa kali pertama ke Klinik untuk membuka buku pink adalah: Kad Pengenalan Diri, Sijil Nikah, dan Gambar Ultrasound (jika ada).

-      Prosedur diLakukan di Klinik Kesihatan.

Antara pemeriksaan yang dilakukan di Klinik Kesihatan adalah ujian UPT, Urine Test, Pemeriksaan  Dental, HIV Kaunseling dan Ujian Darah bagi mengetahui jenis darah ibu. Ujian-ujian di atas adalah bergantung kepada kelengkapan dan kepakaran Klinik Kesihatan masing-masing.

-      Membeli Supplement Terbaik Untuk Menyokong Kesihatan Ibu Sepanjang Tempoh Kehamilan.

Setelah mendapat tahu Diela hamil, suami terus memberikan duit kepada diela untuk membeli supplements yang terbaik bagi Diela dan Anak. Diela memilih untuk mengamalkan Set Hamil Shaklee. Hal ini kerana, ia adalah supplement terbaik yang pernah diela amalkan sejak anak dara, berkahwin dan sehingga sekarang. (Gambar Set Hamil)

Diela Sentiasa Bawa Supplements Ibu Hamil Ini Kemana Sahaja Diela Pergi, Contohnya ke Tempat Kerja.


 

Diela Beli Sedikit-Sedikit Mengikut Kemampuan & Keperluan Setiap Trimester.

P/S : Cara pengambilan ibu mengandung tidak sama untuk orang normal.Boleh hubungi Diela bagi mengetahui cara makan supplement di atas: www.wassap.my/60133136199/blogsethamil

 

Apa Perubahan Ketara Pada Diri Diela Selepas Hamil?

-      Alahan/Morning sickness yang Teruk.

Diela mula mengalami pening kepala, mual dan alahan pada bau serta makanan yang mana sebelum ini Diela suka. Contoh ; bau nasi , bawang , minyak masak yang sedang ditumis, tomyam, dan banyak lagi. Paling menyedihkan, Diela tak boleh dengan bau suami sendiri.

Pernah suatu hari, apa yang Diela cuba makan dan minum , semua di muntah kan tanpa sengaja semasa tengah memandu. Seharian Diela berlapar. Mulut terasa pahit sangat. Bermacam-macam juga ujian, sehingga berat dari 52kg tinggal 46kg. Alhamdulillah alahan ini berakhir setelah diela hamil 5 bulan. 

 

TIPS:

1.  SUAMI BOLEH MENGAMBIL ALIH AKTIVITI MEMASAK ATAU MEMBELI MAKANAN. ISTERI BOLEH NYATAKAN PADA SUAMI APA YANG MEREKA MENGIDAM UNTUK MAKAN SUPAYA ADA SELERA UNTUK MAKAN.

2.  BOLEH LETAK DUA CADAR DI ATAS SATU KATIL (SATU UNTUK ISTERI, SATU TINDIH DIATAS UNTUK SUAMI).

3.  AMALKAN SUPPLEMENTS BAGI MENGGANTI KEPERLUAN BADAN YANG PENTING SUPAYA BADAN KEKAL MENDAPAT ZAT YANG SEPATUTNYA UNTU BAYI DI DALAM KANDUNGAN. (PILIH SUPPLEMENTS YANG ALAMI, ORGANIK DAN SELAMAT, SAYA SYORKAN SUPPLEMENTS SHAKLEE; BOLEH HUBUNGI DIELA UNTUK TIPS CARA MAKAN SUPPLEMENTS SHAKLEE DAN MENDAPATKAN PRODUK TERSEBUT).

Shopping  Stock di Branch Shaklee Kota Bharu Ketika Sedang Hamil 5 bulan.


4. 
SENTIASA MELETAKKAN PERASAAN KESYUKURAN KEPADA ALLAH DAN TIDAK MENGELUH KETIKA DI UJI DENGAN ALAHAN.

5.  PASAKKAN DALAM KEPALA, IBU YANG MENGALAMI ALAHAN KEBIASAANNYA AKAN MENDAPAT BAYI YANG SIHAT. HORMON YANG MELINDUNGI BAYI MEMBUATKAN DERIA IBU SANGAT SENSITIF, MENJADIKAN IBU DAPAT MENGHIDU BAU YANG ORANG NORMAL TIDAK PEKA. JADILAH IBU YANG BERKORBAN UNTUK ANAK.

 

Semua Untuk Kebaikan Mu, Mami Relakan Anakku.

Sekian sahaja perkongsian Diela pada kali ini, in sha Allah pada masa terdekat, Diela akan berkongsi: Cara Mengawal Berat Badan Semasa Hamil dari sudut Perspektif Ibu Hamil. Please Share dan Subscribe Blogspot Diela. Terima Kasih. 😊 

 

 COACH DIELA

           📞 0133136199 

             Www.wasap.my/60133136199/blogsethamik

          PROUD MOM TO A PRINCE.

Featured post

KEBAIKAN INTERMITTENT FASTING

  Assalamualaikum w.r.t. Entri kali ini mummy nak bercerita tentang kebaikan Intermittent Fasting (IF).  IF telah terbukti berkesan dan sang...

My Blogdiary Journey